? ?colorful????Glistening Rose? ????? ?? ???Rating: 4.3 (97 Ratings)??16 Grabs Today. 20624 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dash BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 25 Ogos 2009

Rin & Im (Bab 1)





Rin terjaga apabila jam-radionya berbunyi, sekaligus menghilangkan suasana sepi di tingkat atas banglo Datuk Rahman.


“Hey everyone this is Ean and JJ and you’re listening to Hitz.fm. Now, you probably – ”. Suara deejay-deejay Hitz.fm terhenti apabila button ‘off’ ditekan. Dengan langkah yang lemah, dia menuju ke bathroomnya. Well, tak ada apaper pun yang baru hari ni. Everything would be as if it was playing the same tape every day. Hmm… No surprises.


Rin tak hairan pun kalau mama dengan papanya tiada ketika dia turun untuk sarapan nanti. Busy seperti selalu. Kalau dulu-dulu, parents dia tak la sesibuk seperti sekarang. Sejak mama join persatuan-persatuan politik dan kewanitaan, mama dengan Rin tak pernah pun ada women’s-only conversation. Sejak papa sibuk dengan projek-projek international syarikatnya, kami tak pernah pun have a family vacation. A real family holiday.


Tapi hal-hal macam ni merupakan something yang common sejak 6 tahun lalu. Bukannya Rin kisah. Sudah habis cara dia cuba mengembalikan mama dan papanya yang dulu. Rin hampir putus asa namun, sebahagian dari dirinya, just a little part, masih berdoa agar satu-satunya ibu dan bapanya akan kembali ke jalan asal. Supaya mereka ingat kepada Allah, yang Maha Esa. Supaya mereka ingat tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.


Cecair jernih mula berkumpul di kelopak mata. Pandangannya kabur. Setitis demi setitis air mata jatuh ke dalam mangkuk bijirin sarapannya.


“Elli? Mengapa sih?” Buk Tini tegur. Baru disedarinya bahawa dia masih berada di ruang makan rumahnya. Dia menggeleleng kepala.


“Nggak apa-apa, buk. Stress sahaja,” bergetar-getar suaranya menjawab.

“Elli…nanti Buk bilang sama Ibu Laila siapa yang susah?” Semacam sahaja bunyi Buk Tini menggabungkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia dalam percakapannya.


“Betul Buk…Elli okey aje,” bersungguh-sungguh dia nyatakan.


“Hish…Udah la tu! Elli nasib baik Ibu dengan Bapak sudah pergi kerja. Kalau tidak, nggak larat sama Buk Tini hendak menjawab.” Air mata Rin disekanya dan dilap dengan tisu Kleenex. Buk Tini sudah biasa dengan Rin. Dia sangat mengerti akan perasan gadis muda itu. Alahai…kasihan pulak kat budak ni. Pandangan matanya seolah-olah mengatakan. “Udah...udah… Elli harus kuatkan semangat. Jangan biar ada apa-apa halangan jua di depan Elli. Ok?”


Rin hanya mampu mengangguk. Dia tersenyum lemah. Buk Tini melemaskan Rin dalam pelukan specialnya. ‘Alangkah baiknya kalau Buk Tini ini menjadi mama aku…’ bisik hati kecil Rin. Tapi, di sebalik kekesalan itu, dia tahu bahawa dia tidak sepatutnya mengharapkan orang lain akan menggantikan tempat mamanya, wanita yang telah susah payah melahirkan dia ke dunia ini. Buk Tini faham.


Selepas selesai bersarapan, Rin keluar ikut pintu belakang ke garaj kecilnya. Dia mengeluarkan basikal kesayangannya. Mama dengan papa tak tahu dia selalu menaiki basikal ini ke sekolah bukannya dengan Pak Awang, driver papa. Isk…kalau diorang tahu…agaknya sampai 20 bodyguards dipasang mereka nanti. Tapi lawak jugak, kan? Tiba-tiba mama and papa campur tangan dalam hidupnya…after these six years… Ha! Now, that’s another way untuk attract diorang punya attention.


Rin menggeleng kepalanya. Apalah yang aku sedang fikirkan ni? Hish…menjadi-jadi pulak fikiran aku. Getus hatinya. Nama aku Azrin Ellina dan aku benci hidup aku!!! ujarnya lagi. Tanpa menoleh ke belakang, dia terus mengayuh ke sekolahnya. Tidak sekali pun. Kerana dia pernah berjanji untuk tidak berpaling ke belakang lagi. Ever.

0 comments: