? ?colorful????Glistening Rose? ????? ?? ???Rating: 4.3 (97 Ratings)??16 Grabs Today. 20624 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dash BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 26 Ogos 2009

Rin & Im (Bab 2)






Dia berasa sangat berdebar. Ini bukan kali pertama dia ke sini malah, dia selalu datang berziarah ke negara asal ibu bapanya. Selalunya pada musim raya. Tapi bukan untuk kali ini. Dia telah dihantar balik ke Malaysia oleh ibu bapanya kerana mereka fikir rakan-rakan Britishnya telah banyak merosakkan mindanya.



Huh. Iye la tu. Macam la aku ni dah banyak berubah. I mean... Come on, it’s not against the law to go clubbing or maybe have a little drink here or there...



Hatinya berkata sendirian. Seperti hendak menenangkan dirinya yang masih marah dengan apa yang telah berlaku.



“Enough is enough, Along! You became such a disgrace to our family! Why did you do these things? Talk to me, Along! Cakap dengan ayah dengan ibu, why?” ayahnya membentaknya. Ibunya pula sedang menangis di four-seated sofa di ruang tamu rumahnya.



“Ayah...Chill... It’s nothing big. Along just went out to have some fun. Salah ke?” dia cuba meyakinkan ayahnya. Betul. Dia cuma hendak berseronok.



“Then why did you come home dengan bau...minuman keji itu?” suara ayahnya semakin meninggi.



“Ayah, this is just NOTHING, okay? It’s completely harmless – ”



“That’s the most ridiculous thing that i’ve heard! Okay, that’s it. I’m going to send you to live with your Opah and Atuk in Malaysia!”



“What? Ayah, jangan cakap macam tu, ayah...” rayunya. Encik Badrul memalingkan mukanya ke arah lain. Malu. Geram. Namakan sahaja apa emosi yang tertera di mukanya, dia tetap tidak akan mengubah keputusannya.



Tidak lama selepas itu, Imran mengurung dirinya di dalam bilik dan masih sempat minum air haram itu. Setelah mendengar ibunya cuba memujuknya dari luar pintunya, dia naik angin. Manakan tak, rutin hidupnya di Malaysia nanti mesti dikawal. Dengan perasaan geram yang membuak-buak, dia membuka pintunya lalu menolak ibunya sehingga terjatuh.



Dalam keadaan separuh mabuk pada masa itu, dia memarahi wanita itu. Ibu dan ayah selalu tiada di sisi Imran. Ibu dan ayah terlalu sibuk! Imran rasa sunyi. Irma, adiknya, pula tak boleh dijadikan teman! Ini semua salah ibu dengan ayah!



PLAP!!! Tangan ayahnya hinggap di mukanya menyebabkan dia terbaring di atas lantai. Malas rasanya hendak masuk ke bilik. Buat apa? My life is over already...



Dia terbaring menelentang di situ sehingga sekeping ketas dikibar-kiba di atas mukanya. Terdapat satu tiket penerbangan sehala ke Malaysia di tangan ayahnya.



Dia akan buktikan pada ayahnya. Ayah jangan underestimate saya... Selepas keluar ke tempat menyambut ketibaan, dengan serta-merta dia nampak Uncle Joe. Kadang-kadang, dia lebih menghormati Uncle Joe dari ibu bapanya sendiri. Manakan tak, Uncle Joe selalu luangkan masa dengannya. Unlike Ayah...



Uncle Joe bekerja sebagai driver Atuk dan Opah. Lelaki yang berumur 43 tahun itu melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Dia hanya membalas dengan senyuman hambar.



“Aha! Welcome back to Malaysia kiddo!” sapa Uncle Joe sambil menepuk-nepuk bahunya.



“Thanks, Uncle Joe.” Uncle joe tak tahu sebab sebenar dia dihantar balik ke sini. Hanya Opah dengan Atuk sahaja yang tahu. Sebenarnya, dia sendiri pun tidak mahu Uncle Joe tahu. Dia malu untuk mengaku kesalahannya. But I’m not a coward.



Well, Malaysia, here I come.